Monday, August 6, 2012

SIFE Universiti Kebangsaan Malaysia

Students In Free Enterprise atau SIFE for short senang kata non-profit organisation lah. ---> ni kelab yang aku join dekat UKM since few months ago. well, kalau orang tanya aku dulu-dulu, kenapa kau join SIFE, SIFE tu apa, apa kelebihan SIFE bagai kan. dulu jawapan aku, aku jawab sebab member, sebab kena paksa, sebab minat sikit-sikit. time tu yeah, aku tiba-tiba masuk sife sambil lepak kat kedai burger and then seniors assign aku and few friends utk join sife and handle post vice president dengan project manager. aku time tu dah cuak dah sebab aku pun bukannya nak stick sgt dengan program ni sebab yeah it needs you to sacrifice lots of things especially masa dan komitmen. dan masa ni aku ingat lagi time ni kitaorang lepak sekali sebab satu bangi gelap tak ada eletrik sebab stesen janakuasa terbakar. time tu yang ada, aku kemal, zuber dengan bobo yang mana kami semua ni ahli baru (aku je kot ahli baru) then kena assign as aku cakap tadi. tapi sekarang kalau orang tanya, aku dengan proud akan cakap and cerita pasal SIFE, pengalaman aku dengan SIFE, dan yang paling penting, aku nak ramai yang masuk SIFE, tak kira lah SIFE UKM ke, SIFE uni lain sebab it does help you in many things!

dalam SIFE ni, aku diberi amanat as project manager for Hold My Hand project. yes, HOLD MY HAND! sounds so good right? basically, projek aku ni involves around community anak-anak yatim Rumah Darul Izzah dekat bandar baru bangi. mostly created sebab nak bagi the orphanage not to rely 100 percent kepada philanthropic givings. dan yang paling penting, projek ni sebenarnya nak train budak-budak dekat rumah anak yatim ni untuk be prepared dengan real world once mereka selesai dengan form 5 dan SPM nanti. budak-budak yang terlibat dengan projek ini mostly come from culinary arts stream dekat sekolah mereka, SMK jalan reko, so aku rasa program seumpama ni yes, sangat berguna sebab softskill yang mereka dapat dekat sekolah tu boleh mereka praktikkan dekat kitchen yang SIFE UKM ni provide. does look great huh? 

dekat production darul izzah ni, produk yang dihasilkan ialah frozen food and cupcakes. frozen food ada dua, sardine roll dengan currypuff. wa cakap lu, sumpah sedap gila produk ni weh. resepi sangat sedap! sardine roll gila sedap dowh. cupcakes sangat nice, cake tu sendiri pun sedap gila, topping sangat menarik. dan every week setiap kali production, produk yg mereka buat ni alhamdulillah habis. yeay! haha.


Sardine Rolls. 

Toppings. 

Cupcake. AD = amir dan dell. eh! haha.


selama few months aku handle project ni, yes I do admit yang it is hard to handle kids kat sana sebab yes they have grown up, tak suka sangat di suruh itu suruh ini, yet they got passion to ensure this project runs smoothly. alhamdulillah diorang banyak tolong aku and dengar cakap2 kami. dengar cakap maksud aku, tolong run project dengan sangat baik lah.

alhamdulillah aku cakap sebab dalam produksi yang berjalan time weekend nih, aku rasa budak2 ni at least dapat polish up skills yang mereka ada, dapat handle time management dengan baik, kerjasama dengan rakan-rakan pun aku nampak makin improve sbb mereka ramai, dan mereka dalam program ni ada 16 in total so at least hubungan diorang akan improve to get better dan kasih sayang aku rasa dapat jugak diterapkan between them. 

penghargaan aku yang sangat-sangat tak terkira adalah kepada DR Rohayu, faculty advisor kitaorang yang bertungkus lumus memastikan projek Hold My Hand ni run seperti yang dirancang dan sebenarnya aku takut jugak sebab takut tak mampu handle projek ni dengan baik. tapi aku yakin dengan berkat sokongan dan usaha kami semua, insyaallah kami mampu lah nak kembangkan projek ini seperti yg Dr nak.

Kepada seniors, kak jini, kak tira, azmeer, thanks a lot sebab bantu aku dari bawah sampai ke tahap ni. tahap yang boleh dibanggakan sebab macam2 dah kita buat, macam2 dah kita tolong mereka. semoga usaha korang dalam bantu aku akan aku balas dengan tunjukkan dokumentasi yang dijanjikan tu. to all sifers, korang memang best! production pun kita buat sekali, kerjasama sgt awesome! everyone did very good job and aku admit, group kita ada nice teamwork. bobo, atif, akmal, zuber, ropi, anep, zaim may Allah make ease to us as our intention sangat baik, is a good will! lets do better weh in the future! :)

Ni projek aku weh. projek aku, memang aku bangga sangat handle projek ni, aku harap sgt impian kami semua jadi kenyataan. impian apa? impian nak jadikan projek ini sebagai satu model dan didokumentasikan agar dapat digunakan diserata malaysia utk masa ini dan inysaallah utk dijadikan sgi rujukan model di seluruh asia dan dunia. INSYAALLAH!